Sunday 15 September 2013

Uhibbuki / Uhibbuka fillah (Sayang Awak Kerana ALLAH)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 


Caption:
"Ana uhibbuki fillah ya ukhti"
"Ana uhibbuka fillah ya akhi"


Astaghfirullah, kata-kata 'uhibbuka/uhibbuki fillah' sudah disalahgunakan!
Rata-rata manusia, tahu tak apa maknanya?? 'Sayang awak KERANA ALLAH'. Bila anak adam kurang pengetahuan agama, jadi macam ni lah akhirnya.. Maaf yea, nak berkasih sayang kerana Allah pun perlu ada caranya, adabnya, bukan hentam suka-suka..

Nak ucap uhibbuka/uhibbuki fillah, ba'da(selepas) an-nikah lah.. Tapi ramai yang kata :
"Macam mana nak berkasih sayang lepas nikah? cinta pun tak ada"
Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih & cinta dalam hati tu. Mencintai seseorang tu memang hak kamu. Tapi mencintai seseorang yang BERHAK KEATAS kamu menjadi KEWAJIPANMU.. 

Selesai je ijab & kabul, barulah WAJIB untuk kita 'sayang dia kerana Allah'. Disitu bermula segalanya.. Masa tu nak ucap uhibbuki/uhibbuka fillah sebanyak mana, terus dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, letak caption 'sayang kamu selamanya'. Yang itu mungkin sudah biasa. Yang peliknya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'.

Kawan, jangan salah konsep yea.. Layak kah kita nak ucap tu semua tanpa ikatan yang diredhai-NYA?? Mungkin ke Allah redha? Allah murka tak agaknya? Patutlah hubungan tak kekal lama.. Awal-awal lagi dah banyak khilafnya.. Muhasabah diri balik. Benda ni penting! Saya serius! Sangat sedih bila ada hamba-NYA salahgunakan niat kerana Allah, tak kena langsung pada tempatnya..

Tak rasa kesian ke dekat bakal suami, isteri? Ucapan tu dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tak pasti, dekat insan yang tak boleh jamin sama-sama sehidup semati.. Jaga hubungan dengan Allah dulu.. Baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan dengan kita. Jangan risau, firman Allah dalam surah an-nur ayat 26 : Perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Takut 'dia' tak datang? Kalau bukan di dunia, di syurga Allah hendaknya. Masa itu tetap hadir dengan izin-NYA. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau temukan permata. Cinta itu indah bila tiba masa, dan haknya..





Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥

No comments:

Post a Comment