Monday 16 September 2013

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


 9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 



13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.


Sunday 15 September 2013

Cara Buat $DUIT$ Dengan 8Share

ASSALAMUALAIKUM

Okayy, hari ini hazwan nak ajar cara buat duit denngan 8share! caranya sangat mudah , cuma ikut step by step. hazwan akan ajar cara nak sign up dan cara nak share iklan untuk dpatkan duit.


CARA MENDAFTAR 8SHARE

1. Pertama sekali korang masuk dulu website 8share ini  ---->  www.8share.com/my

2. Lepastu korang tekan Sign Up yang ada dekat bahagian kanan atas tu. Kotak warna hijau tu..



3. Then korang isi maklumat yang dia mintak tue okay. Yang username tu korang masukkan nickname korang lah, biar kasi awesome skit username korang. Contohnya hazwan97 untuk hazwan punya username 8share tu. Dah complete isi semua, korang tekan Create my account. 





4. Habes semua tu, tercipta lah akaun 8share korang. Kemungkinan korang akan diminta utk verify email dulu di email korang. Bukak email, verify email okay? cari email yang 8share hantar. Pastu korang akan diminta untuk update profile korang. Alah macam dekat fb jugak la. Kena masukkan gambar lah number phone la.. Okay sekarang hazwan akan ajar cara nak share iklan pulak !



CARA SHARE IKLAN 8SHARE

1. Dah create account kan? Login 8Share korang then klik Specials dekat atas bahagian kanan tu, macam dekat bawah ni haa..


2. Lepastu korang klik iklan yang ada RM ja tau ! Yang CP punya xyah gatai dok share, dapat point ja pun. Contohnya macam bawah ni.




3. Dah klik dia akan masuk dalam iklan tu, skrol sampai bawah akan ada button "Share on Facebook" , "Share on Twitter" .. Korang pilih nak share dekat website mana satu. Ni contohnya :-






4. Haaa lepastu dia akan keluar popup window  macam dekat gambar bawah ni mengikut website yang korang share, buatlah ayat power2 sikit bagi tarik hati orang nak klik link korang tu . 




So dah paham ke camna nak daftar dan share iklan dari 8Share ni. Mudah jer kan? Tak payah pon korang nak rumit2 bagai. Macam tu lah hazwan buat duit on9 dengan 8share nie. Setakat ni dah hampir Rm500 dapat dari 8share, kena lah kumpul sikit2 .. lama2 jadi bukit ! Korang kena rajin jer share iklan 8share ni. Kalau tak rajin, memang susah sikit la kan. Meh nak bagi contoh menabung dari 8share.


(1 Iklan) 1 UV/KLIK = RM0.20
20UV/KLIK = RM4 Sehari (1 Iklan Sahaja)

Bayangkan kalau korang dapat 5 Iklan untuk share.
1 Klik = RM0.20 sen
5 Klik = RM1 (Seorang saja klik 5 iklan korang)
10 Orang Klik untuk 5 Iklan = RM10 (Sehari)
RM10 (Sehari) x 30 Hari (Sebulan) = RM300




Daftar jer 8Share Ni -----> SAYA NAK



Uhibbuki / Uhibbuka fillah (Sayang Awak Kerana ALLAH)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 


Caption:
"Ana uhibbuki fillah ya ukhti"
"Ana uhibbuka fillah ya akhi"


Astaghfirullah, kata-kata 'uhibbuka/uhibbuki fillah' sudah disalahgunakan!
Rata-rata manusia, tahu tak apa maknanya?? 'Sayang awak KERANA ALLAH'. Bila anak adam kurang pengetahuan agama, jadi macam ni lah akhirnya.. Maaf yea, nak berkasih sayang kerana Allah pun perlu ada caranya, adabnya, bukan hentam suka-suka..

Nak ucap uhibbuka/uhibbuki fillah, ba'da(selepas) an-nikah lah.. Tapi ramai yang kata :
"Macam mana nak berkasih sayang lepas nikah? cinta pun tak ada"
Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih & cinta dalam hati tu. Mencintai seseorang tu memang hak kamu. Tapi mencintai seseorang yang BERHAK KEATAS kamu menjadi KEWAJIPANMU.. 

Selesai je ijab & kabul, barulah WAJIB untuk kita 'sayang dia kerana Allah'. Disitu bermula segalanya.. Masa tu nak ucap uhibbuki/uhibbuka fillah sebanyak mana, terus dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, letak caption 'sayang kamu selamanya'. Yang itu mungkin sudah biasa. Yang peliknya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'.

Kawan, jangan salah konsep yea.. Layak kah kita nak ucap tu semua tanpa ikatan yang diredhai-NYA?? Mungkin ke Allah redha? Allah murka tak agaknya? Patutlah hubungan tak kekal lama.. Awal-awal lagi dah banyak khilafnya.. Muhasabah diri balik. Benda ni penting! Saya serius! Sangat sedih bila ada hamba-NYA salahgunakan niat kerana Allah, tak kena langsung pada tempatnya..

Tak rasa kesian ke dekat bakal suami, isteri? Ucapan tu dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tak pasti, dekat insan yang tak boleh jamin sama-sama sehidup semati.. Jaga hubungan dengan Allah dulu.. Baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan dengan kita. Jangan risau, firman Allah dalam surah an-nur ayat 26 : Perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Takut 'dia' tak datang? Kalau bukan di dunia, di syurga Allah hendaknya. Masa itu tetap hadir dengan izin-NYA. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau temukan permata. Cinta itu indah bila tiba masa, dan haknya..





Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥

UAI Berlakon Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! (28 Nov 2013)



Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Cayalah Ustaz! Menunjukkan ikon bagi anak-anak muda remaja sekarang akan berlakon filem yang  bergenre keagamaan. UAI yang terkenal dengan ceramah beliau ke serata dunia dan rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus akan melakonkan watak Ustaz dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! yang bakal ditayangkan pada 28 November 2013. Jom tengok trailer di bawah !